Sudah dua tahun, “ PRISTIWA 23hb Dis 2008”… berlalu, namun nasib kami sekeluarga 8 anak beranak yang menjadi mangsa kekejaman rakyat di Negara sendiri hanya di pandang sepi tanpa ada pembelaan. Tidak kedengaran rakyat-rakyat di Malaysia yang berani bersuara. Kami sekeluarga di biarkan hidup dalam delima dan ketakutan.
Kini Jun 2010, Malaysia bergema, kedengaran suara rakyat Malaysia , melaung-laung mengutuk sekeras-kerasnya Israel yang menceroboh dan merampas kapal Freedom Flotilla serta membunuh sembilan orang awam bantuan kemanusian untuk penduduk GAZA.
Disana-sini, di siaran media, di akhbar-akhbar tersiar dan kelihatan rakyat Malaysia bergabung, bersama-sama membuat Demonstrasi membantah kezaliman Zionis serta melahirkan rasa kesal terhadap Amerika Syarikat yang menyokong pencerebohan ke atas kapal yang membawa bantuan kemanusian itu, rakyat Malaysia meluah rasa simpati tetapi rakyat Malaysia sudah lupa apa yang berlaku ke atas rakyat Malaysia sendiri seperti kejadian yang menimpa kami sekeluarga pada 23hb Disember 2008.
Sebagai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa, kami rasa kesal dan tertekan dengan laung-laungan suara rakyat Malaysia yang hanya pandai bersandiwara, hanya pandai bersimpati dan sanggup bergadai nyawa membela nasib rakyat asing tetapi malangnya mereka bisu dan buta mata bila kekejaman yang dilakukan oleh rakyat malaysia sendiri di bumi sendiri, seperti kata perpatah melayu “ GAJAH DI DEPAN MATA TIDAK NAMPAK, TETAPI KUMAN DI SEBERANG NAMPAK "...
Kami terpanggil lagi untuk memaparkan kisah sebenar yang terjadi, tetapi di katakan tidak pernah terjadi atau pun berlaku, ini di nyatakan oleh Aks Tadbir TUDM, menurut katanya lagi pihak tentera ( TUDM ) tidak pernah menzalimi kami sekeluarga.
Hari ini bila kami anak beranak melihat di kaca TV ,serangan Tentera Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan ke GAZA, kami menjadi sedih , marah dan jijik bila mengenangkan peristiwa yang menimpa kami pada 23 hb Dis 2008, kerana ianya hampir sama.
Bukan di luar Negara atau pun bukan di lakukan oleh orang kafir,tetapi “Tentera Malaysia ( TUDM), kebanyakanya berbangsa Melayu berugama Islam, berpelajaran, berkedudukan dan berpangkat.
Senja 23 hb Dis 2008 tidak pernah terpadam atau pun tidak akan hilang parutnya walau pun di akhir zaman.Jijik kami bila terkenangkan Tentera (TUDM ), sanggup berkumpul beramai-ramai di sekeliling kuarters, berpakaian seragam, bersenjata api ,bersiap sedia seolah-olah ada sesuatu yang akan terjadi.
Isteri saya yang sedang menahan sakit, bersama-sama 6 oarang anak kami di ketika itu berumur 5tahun hingga 17tahun, mereka di kepong, di paksa menyerah diri, lalu di tangkap dan di buat tebusan.Ini bukan cerita rekaan atau pun penglipurlara seperti yang di kata orang yang menganggap ini tidak pernah terjadi
Saya pula di tangkap tanpa tahu atau di beritahu apa kesalahan yang telah saya lakukan.Tanpa soal siasat , saya akhirnya di sumbat ke dalam lokap.
Anak-anak saya sehari suntuk hidup mereka hari itu tidak ubah seperti “ ANAK AYAM KEHILANGAN IBUNYA ”. Isteri dan anak-anak saya semalaman tidor di atas lantai simen semasa mereka di jadikan tebusan. Pihak Tentera pada jam 11malam pada 23hbDis2008 baharu menghantar makanan yang telah sejuk di bungkus bersama air sirap yang pucat, mungkin di ambil dari lebihan yang di makan oleh anggota-anggota Tentera (TUDM) di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak.
Tiada persalinan pakaian yang dapat di bawa pada hari itu, begitu juga isteri saya tidak dapat membawa ubat-ubatnya yang di arahkan oleh Doktor untuk di makan sementara menanti pembedahan yang akan di buat pada 15 hb Jan 2009 ( sehingga sekarang belum dapat di buat, ini adalah kerana kejadian 23 hb Dis 2008 ).
24hb Dis 2008 setelah di keluarkan dari lokap, kami sekeluarga di terbangkan dengan Pesawat Mas ke semenanjung, sehelai sepingang, penerbangan ini di katakan telah di biayai oleh Panglima Tudm. Pada mulanya kami di rancangkan di bawa menaiki Pesawat Tentera , Charlie, bersama-sama barang-barang kami. Barang-barang kami ini telah di bungkus tanpa pengetahuan kami, sewaktu pihak Tentera mencerobohi masuk ke rumah kami, sewaktu itu saya di sumbat ke dalam lokap, manakala isteri dan anak-anak saya di buat tebusan di rumah seorang Pegawai Polis.
Menteri Pertahanan menyatakan di akhbar baru-baru ini, pihak Tentera tidak dapat mengunakan Pesawat Tentera CHARLIE ,untuk membawa aktivis misi bantuan kemanusian pulang ke tanah air.Kerana kosnya terlalu tinggi. Tetapi di sini saya ingin bertanya bagaimana barang-barang rumah kami yang “ rampas “ di bungkus semasa mereka menceroboh masuk ,ianya boleh pula di terbangkan dengan Pesawat Tentera CHARLIE…. ? .
Wahai pembaca semua, laungan “ 1 Malaysia , 1 Malaysia . Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan ” ~ Tetapi mengapa kita mesti di jadikan “ Kera di hutan di susukan, Anak di rumah di biar kelaparan ”
.
No comments:
Post a Comment