Monday, May 3, 2010

APA SALAH KAMI SEKELUARGA

PERINGATAN: JANGAN MEMPOLITIKKAN PERKARA INI

Salah ke saya bersuara.....!!!!????,Ingin saya tegaskan di sini, tujuan saya bukan untuk menghentam sesiapa ataupun memberi ruang kepada mana-mana individu, tidak kira dari party yang menang jadi kerajaan ataupun yang kalah jadi pembangkang, mempolitik apa yang berlaku ke atas kami sekeluarga.

Sebagai rakyat malaysia, saya bersuara adalah untuk menuntut keadilan dan pembelaan atas kejadian yang menimpa kami sekeluarga, kerana sudah sekian lama kejadian yang menimpa kami sekeluarga, sejak 2008 hingga 2010, rakyat di malaysia khasnya yang dah menjadi YB, hanya mendiamkan diri macam orang bisu, Apakah mereka ini, bila dah mendapat gelaran YB di jadikan BISU........!!!!, yang peliknya semasa nak di adakan pilihanraya memekik-mekik, melaung-laung dengan kata mahu berkhidmat untuk rakyat..lah, berjiwa rakyat..lah dan macam-macam lagi kedengaran, tetapi bila dah menang, habuk pun tiada...!, cakap tak serupa bikin,... maaf..jangan terasa.

Bukan saya tidak mengadu, dah berbuih mulut bercerita, mereka kata..!, kami akan panjangkan masalah saudara, ada yang kata kes terpencil,kejadian ini berlaku di sarawak..lah, habis sarawak itu bukan Malaysia kah...!!, akhirnya mereka kata apa, alah.. Encik yang bersalah. Habis hingga berbuih saya cerita itu Apa...!!!, siap tunjuk bukti, dan 25 Laporan Polis kami buat. Saya buat ceritakah...!! ini bukan cerita menglipurlara ataupun membuat fitnah.

Itu saya cakap, rakyat biasa macam saya ini cakap tak ada guna, bohong, pegawai atasan cakap semuanya betul. Habis macammana dengan Motosikal JRD Lagend 110, yang tidak ada Geran boleh melepasi pemeriksaan Kastam Pangkalan Udara Subang. Bukankah itu penyeludupan...!!!, itu kerja SARJAN Kah...!!!!!????? Inilah yang di panggil EKSPLOTASI dan SPEKULASI.

20hb Nov 2008-Sidang Media di Pangkalan Udara Kuching yang di hadiri oleh AKS Tadbir TUDM (Bgd. Jeneral Dato Mohd Nor bin Mohd Said Tudm) serta Wartawan Borneo Post dengan senang lenang, dia kata kampong halaman saya Negeri Sembilan, aisehmen... dia tak tahu kah..!! saya ini bangsa bidayuh dari keturunan DAYAK. Mustahil...!! sebagai AKS TADBIR TUDM seluruh Malaysia, tak tahu saya ini keturunan DAYAK, ni dah melampau, kalau zaman tok nenek saya dulu-dulu dah PARAI.

Okey.. kita pergi 2009 pula, dia orang kata apa!!?? FSjn Faizzal Jinong bin Abdullah tidak menlengkap Persaraan, tak pergi Dokumentasi Tamat perkhidmatan. Saya dah pun terangkan dalam siaran Tv3, saya bukannya tak mahu pergi, tetapi kalau pegawai atasan tak bagi, kena ugut pula tu,..waren perjalanan pun tak bagi, macammana saya nak pergi. Dahlah Kuasa pertukaran Kad Pengenalan Tentera ke Kad Pengenalan Awan pun tak ada (NR.7). Kalau tak percaya, tanya MP , DKM dan CPK Kem batu 8, (Ruj: Laporan Polis Batu 10 bth 24 Okt 2008).

Dah kecoh, sekarang baru dia hantar surat, hantar orang pujuk saya, hantar Pegawai JHEV Bahagian Utara yang comel tu, Mejar Norliza Tudm berdiri depan pagar rumah sewa kami, ini ada rakaman CCTV.

Lepas itu, dia orang guna Pangkalan Udara Butterworth, hantar Taligram pula, mengarah saya hadir ke Pangkalan Udara Butterworth...tujuan apa saya tak tahu....!!!?? Habis apa gunanya Kuasa Kelulusan Mengikuti Latihan Peralihan. Ruj:MTI(PENG)/2/713943 BTH 16 APRIL 2008

Mustahil....23 tahun berkhidmat dalam TUDM, bodoh kah saya!.....!!!

Okey..2010, di Buletin Utama Tv3, saya ada bertanya dimana Kad Pesara Tentera dan Kad Pengenalan Tentera serta Folder Perkhidmatan saya. Dia kata apa kat Tv3...CUT...CUT, Tv3 kata apa kat saya, Maaf encik Faizzal...kami tak boleh siar cerita tentang encik lagi..Faham..Faham sajalah...Siaran dah Tamat...itu di Tv3 dah Tamat, Habis nasib kami....

Sebab itu, saya mempersoalkan disini:-

1. KENAPA SAYA DI TANGKAP DAN DI MASUKKAN KE DALAM LOKAP..?

2. DAN KENAPA ISTERI SERTA 6 ORANG ANAK KAMI YANG BERUMUR 5-17 TAHUN TURUT TAHAN..????,

dalam kepongan pegawai dan anggota-anggota TUDM yang bersiap bersenjata M16 pada 23hb Disember 2008 di Kompek Perumahan TUDM batu 10 1/2 Jalan Kuching/Serian, Kuching, Sarawak. Apakah ini mengikut FAKTA...!!!!!?????, Saya bukan penjenayah atau pun pengedar dadah. Penjenayah pun orang tak buat macam ini. Nak tahu tanya Mejar Zainal Tudm (Peg. Perundangan dari MINDEF, kerana dia yang membuat laporan Polis, dan tanya Inspektor Saiful bin Mustafa yang turut serta dalam kepongan tersebut.

No comments:

Post a Comment