Saturday, May 1, 2010

KENAPA NASIB KAMI TIDAK DI BELA

1. Sebagai mangsa yang sebenar, saya mengharap kepada pihak-pihak yang prihatin, agar dapat membantu membawa masalah yang kami sekeluarga hadapi ke pengetahuan pihak-pihak yang berwajib bagi mendapat pembelaan dan ke adilan serta siasatan yang tulus.

2. Untuk pengetahuan tuan- tuan yang prihatin, kami 8 anak-beranak, adalah keluarga yang di jadikan mangsa dan masih di jadikan mangsa oleh pihak pentadbiran Tudm, khasnya mereka-mereka yang terlibat dan berkepentingan peribadi.

3. Permasalahan ini adalah, berpunca dari kejadian pemotongan arus bekalan eletrik yang berlaku di kuarters Tudm yang baru siap di bina, iaitu Komplek Perumahan Tudm di Batu10 ½ Jalan Kuching/Serian, Kuching, Sarawak.

4. Pemotongan ini pada mulanya berlaku pada April 2008 dan seterusnya berlaku pada 10hb Jun 2008, keatas sebuah unit rumah yang beralamat F4-1-3 di komplek perumahan tersebut, ketika itu saya masih lagi dalam perkhidmatan, tetapi malangnya kami sekeluarga yang mendiami unit rumah di F4-0-2 menjadi mangsa, hidup dalam kegelapan. Sejak 10hb Jun 2008, kami mengalami berbagai-bagai kesulitan dan menerima tekanan serta ugutan dari pegawai-pegawai Tudm, khasnya pegawai dari Bahagian Pentadbiran Pangkalan Udara yang yang di dalangi oleh Mejar Mat Nawi bin Awang Hamat Ketua Tadbir serta mendapat sokongan padu dari AKS Tadbir iaitu Bgd Jeneral Dato Mohd Noh Mohd Said di Markas Tentera Udara di Kuala Lumpur

5. Pemasalahan ini telah saya adukan ke pengetahuan Komander Pangkalan dan pihak-pihak di Pentadbiran Pangkalan Udara Kuching dan seterusnya ke pihak pentadbiran di Markas Tentera Udara di kuala Lumpur begitu juga pihak di Kementerian Pertahanan, begitu juga pihak SESCO negeri Sarawak. Namun tidak ada penyelesaian di lakukan.

6. Mengikut penjelasan dan keterangan dari pihak SESCO, permasalahan ini adalah berpunca di antara pihak pentadbiran Tudm dan pihak Kontraktor yang terbabit, di mana pihak SESCO tidak ketahui.

7. Setelah terbongkarnya permasalahan tersebut, mereka-mereka yang terlibat dan berkepentingan peribadi dalam permasalahan tersebut, memaksa serta mengugut saya menuruti apa yang mereka rancangkan, bagi menutup penyelewengan itu. Di sebabkan ke engganan suami saya menuruti apa yang mereka rancang, hingga menyebabkan komander Pangkalan Udara Kuching, mengugut dengan tidak mahu memproses Dokumen Pemberhentian suami saya. Di sebabkan itu, proses persaraan suami saya tidak di buat dengan sempurna.

8. Susulan dari permasalahan ini, saya ketika itu yang masih dalam perkhidmatan, hanya di hanya di beri Kuasa Kelulusan Mengikuti Latihan Peralihan yang bermula dari 16hb April 2008 hingga 05hb Sept 2008, tetapi tidak di beri ( NR. 7) Kuasa pertukaran membuat kad pengenalan awam (MYKAD). Perkara ini telah di rujukkan kepada pihak di Jabatan Pendaftaran Negara di Kuching, Sarawak.

9. Hal ini telah saya ajukan kepengetahuan, Ketua Tadbir Mejar Mat Nawi bin Awang Hamat, namun setiap kali saya ajukan masalah, saya akan di jawab dengan kata-kata paksaan dan ugutan, supaya menuruti apa yang mereka rancangkan.

10. Untuk maklumat pihak-pihak yang prihatin, sejak bulan April 2008, semua kejadian yang berlaku telah kami buat laporan polis, malangnya pihak polis di Sarawak pada masa itu, memaklumkan tidak dapat menjalankan siasatan, disebabkan mendapat arahan dari Komander Pangkalan Tudm Kuching, Sarawak.

11. Pada 26hb Ogos 2008, saya di kehendaki hadir ke Pangkalan Udara Kuching, kononnya untuk menandatangani Dokumen Pemberhentian, tetapi malangnya, saya di paksa supaya menuruti apa yang mereka rancangkan, di sebabkan ke engganan saya menuruti apa yang mereka racangkan, Komander Pangkalan Udara Kuching Let. Kolonal Suhaimi menggugut tidak mahu memproses dokumen pemberhentian saya begitu juga dengan Waren Perjalanan saya, hingga menyebabkan saya tidak dapat mengahdiri Urusan Dokumentasi Akhir, yang berlangsung mengikut jadual yang telah di tetapkan dalam Kuasa Kelulusan Mengikuti Latihan Peralihan iaitu 06hb Sept 2008-12hb Sept 2008.

12. Pada 18hb Sept 2008, satu kejadian serangan telah berlaku di kediaman kami, oleh seorang anggota berpangkat Sarjan Udara Norhisyam dan pegawai-pegawai Tudm Pangkalan Udara Kuching, mengakhibatkan isteri saya menghidapi penyakit bro-konik asthma, mengalami STROK, lumpuh separuh badan, di masukan ke wad hospital Umum Kuching, Sarawak. Satu laporan polis telah saya buat, tetapi pihak polis tidak dapat memberi kerjasama, laporan polis itu di mainkan seperti bola, Saya di maklumkan oleh seorang anggota polis iaitu Sarjan(P) Chandra di Ipd Kuching, kononnya kes tersebut telah di ambilalih oleh Inspektor Rubi tetapi apa Inspektor itu buat saya tak tahu. Saya bukan ketua IPD Kuching.

13. Setelah keluar dari wad, sebagai mangsa, isteri saya telah membuat satu laporan polis. Laporan polis ini di ambil keterangan oleh Inspektor Nasron Ismail. Laporan itu telah di bawa ke hadapan Majistrat di Makhamah Kuching, Sarawak. Sehingga kini, saya tidak tahu, apa kesudahan kes tersebut. Mungkin kes tersebut sudah lenyap……!!!!?????

14. Pada 22hb Dis 2008, kediaman kami di F4-0-2 Kompleks Perumahan Tudm, Kuching Sarawak, telah di datangi oleh Pegawai Perundangan Tudm dari Mindef, Mej Zainal, Pegawai Kompleks Senggara PU Kuching Mej Zul, Pegawai Perkhidmatan Anggota PU Kuching Kpt Siti Norfazilah bersama seorang YB dari Party DAP. Kedatangan mereka adalah untuk memujuk saya untuk menuruti apa yang telah mereka rancangkan, Iaitu..

a). Mengikut mereka ke PU kuching untuk membuat Mykad.
b). Memujuk saya bersetuju untuk menandatangani Kuasa Pergerakan.

15. saya tidak bersetuju, sebaliknya meminta mereka mempertimbangkan permintaan saya, iaitu membenarkan kami tinggal untuk beberapa hari lagi di situ, supaya kami dapat membuat persediaan perpindahan, serta mengguruskan hal persekolahan anak-anak kami serta mengemaskini tentang rawatan penyakit yang saya alami di Hospital Umum Kuching Sarawak.

16. Mereka bersetuju dan memaklumkan akan berbincang perkara tersebut dengan Panglima. Mereka tiba-tiba bangun secara tergesa-gesa dan beredar keluar dari rumah seolah-olah sesuatu akan terjadi. Turut serta bersama mereka pada hari itu, ialah seorang YB dari Parti DAP . Apabila isteri saya menuju ke pintu, dapat melihat ramai anggota Tudm, yang terdiri dari Ajutan PU Kuching Kpt Norhaizi Bt Khaizir, Oc Provos Kpt Hassrudin, Kpt Rahim dan ramai lagi, seolah telah cuba membuat sesuatu perancangan.

18. Dan pada 23hb Dis 2008, saya telah di tangkap, tanpa ada siasatan dan tidak tahu apa kesalahan yang saya lakukan, saya di masukan ke dalam lokap, petang itu juga isteri saya bersama 6 orang anak kami yang berumur 5- 17 tahun di tahan dalam kepungan yang di buat oleh pegawai-pegawai dan anggota Tudm yang siap bersenjentakan M16, serta turut di bantu oleh Inspektor Saiful bin Mohd Mustafa. Isteri dan anak-anak saya di buat seperti binatang. Rujukan Laporan Polis.

a). No Repot: TM/000386/09 – Tarikh : 04/03/09
b). No Repot: TM/000387/09 - Tarikh :04/03/09

19. Laporan polis ini di buat di Ipd Seremban, Negeri Sembilan, kami di maklumkan oleh anggota polis yang mengambil laporan ini, bahawa kes ini telah di ambil oleh seorang Pegawai Polis di Ipd Kuching, Sarawak , yang bernama Nazron dan akan di siasat.

20. Oleh kerana keadaan menjadi tidak selamat dan timbul beberapa perkara, saya mengambil keputusan membawa isteri dan anak-anak saya ke Seberang Prai Selatan. Bagaimanapun kesusahan yang kami sekeluarga alami, masih belum lagi selesai, akhirnya kami dapat menumpang di bawah rumah di Taman Desa Jawi. Saya juga membuat laporan keselamatan di Balai Polis Nibong Tebal.

21. Oleh kerana desakkan dan kesempitan hidup yang kami alami ini, membuatkan isteri saya menghubungi pihak Wartawan Berita Harian Bworth, dan berita kami di siarkan pada 05/05/09 dan 06/05/09. Kemudianya pada 08/05/09 Utusan Malaysia telah menyiarkan berita, yang memaklumkan pihak tentera telah memberi wang ganjaran dan sebagainya.

22. Pihah-Pihak yang prihatin, khasnya anggota-anggota TENTERA yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara, di sini ingin saya bertanya “ BEGINIKAH CARA ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA YANG NAK BERSARA(PENCEN) ”. Kalau begini caranya, tak perlulah adanya Akta-Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972….?

23. Tahun 2009 sudah berlalu, kini 2010, masalah kami masih belum lagi selesai, pihak Tudm terus membuat spekulasi dengan membuat bermacam tuduhan, terhadap saya…….dengan menuduh saya tidak memberi kerjasamalah….Tidak melengkap persaraanlah…Tidak menghadiri Dokumentasi Tamat Perkhidmatan. PERNAHKAH ORANG BERTANYA PADA SAYA…!!??

24. Apa sebenarnya yang terjadi..!, bukannya saya tidak mengadu, Kepada pihak di Kementerian Pertahanan, Kepada pihak di Jabatan Perdana Menteri , kepada Pihak di Kementerian Dalam Negeri serta YB YB, Dato-Dato..tetapi mereka lebih percaya pada orang yang membuat spekulasi,, berjawatan tinggi dan bergelar Dato, Dato Sri..lah.

25. Sebagai mangsa, saya bukannya membuat fitnah atau Cerita Penglipurlara seperti yang di lemparkan oleh seorang individu dari Pemuda UMNO Nibong Tebal SPS, Pulau Pinang ataupun menghentam kerajaan atau sesiapa pun, tetapi hak saya sebagai rakyat Malaysia. Sebagai rakyat yang cintakan Negara, kita kena berani menegakan kebenaran, saya meluahkan ketidak puasan hati, kerana.....KENAPA nasib kami tidak di beri perhatian dan mendapat pembelaan. APakah Salah KAMI…!!!!!

**JANGAN SEKALI DI POLITIK KAN KEJADIAN YANG MENIMPA KAMI***

No comments:

Post a Comment